Anthem of the day: I'm Not Cool by Soho Dolls (right-hand click to listen)
Yeah right. Flirty la sangat.
Ah mereka memang akan dapat first class sebab modul itu sangat senang berbanding dengan apa yang saya belajar sekarang. Tidak adil. Oh, bugger! Saya yang bodoh sebenarnya.
Mesti anda label saya ni 'conceited' atau panggilan lain yang kurang enak kerana ayat saya di atas seakan mengatakan yang saya akan dapat first class kalau saya mengambil modul yang mereka ambil sekarang. Tetapi, sila faham situasi saya. Saya rasa modul yang saya ambil ini semakin susah. Mula-mula agak seronok tetapi lama-lama makin susah. Jika saya dapat ambil modul yang lagi senang kan lagi bagus. Saya akui kedua-dua modul tidak senang tetapi sekurang-kurangnya modul yang satu lagi tidak sesusah yang ini. Maka, saya merayu kepada anda supaya jangan mengadili saya kerana saya 'lament' (tak dapat cari perkataan Melayu yang sama maksud) tak tentu pasal. Saya amat sedih dan saya perlu luahkan perasaan tidak puas hati saya. Saya nak cerita kat orang nanti orang tak mahu dengar. Sekurang-kurangnya jika ada yang membaca post ini, mereka berusaha untuk tahu apa situasi yang saya alami sekarang ini.
P/S: Post ini ditulis dalam bahasa ibunda kerana saya takut ada pihak terasa jika mereka faham.
Note to self: Saya patut belajar kerana Allah. First class degree is NOT the ultimate goal.
13 years ago



No comments:
Post a Comment