Sunday, 17 May 2009

Soal Jawab Bahasa Melayu

Lagu tema: masih 'Telah Jatuh Cinta Bukan Dengan Kamu' oleh Bandar Bergerak Runut Bunyi

*It's actually another 'Tag' game posted by friends on Facebook. You MUST answer the questions in Bahasa Melayu.

1. Bekas kekasih saya adalah :
tidak wujud.

2. Saya sedang mendengar :
bunyi angin yang mengetuk-ngetuk jendela bilik saya.

3. Mungkin saya patut:
bergerak maju ke hadapan, bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan, tidak banyak merungut dan menghargai masa sekarang.

4. Saya suka :
makan tetapi susah untuk naik berat badan (dan saya juga suka tidur)

5. Sahabat-sahabat baik saya :
tidaklah seramai yang saya sangkakan.

6. Saya tak paham :
bagaimana orang boleh berasa gembira sedangkan mereka sebenarnya banyak masalah.

7. Saya kehilangan :
punca apabila orang yang saya sayangi tidak menghubungi saya.

8. Ramai yang berkata :
apa yang sepatutnya mereka lakukan tetapi mereka tidak melaksanakan.

9. Makna nama saya :
ialah penghibur hati. Saya pasti anda tengah gelakkan saya bukan?

10. Cinta itu adalah :
aneh dan juga buta.

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
melakukan perbuatan sia-sia seperti yang saya sedang lakukan saat ini.

12. Saya akan cuba :
untuk tidak membuang masa.

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
yang penuh dusta. Tidak ada benda yang kekal selamanya selain Allah.

14. Telefon bimbit saya :
ialah salah satu harta benda saya yang paling berharga. Walaupun ia tidak se'sejuk' iPhone atau secanggih Xperia.

15. Bila saya terjaga dari tidur :
saya akan tarik selimut dan mahu tidur lagi supaya saya tidak perlu menghadapi hari-hari yang susah.

16. Saya paling meluat apabila :
ada orang yang suka mengkritik orang tidak tentu pasal.

17. Pesta/Parti adalah :
majlis keramaian yang boleh jadi menyeronokkan atau menakutkan.

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
kucing. Iya, walaupun ia hanyalah kucing jalanan.

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
semasa saya kanak-kanak kerana saya tidak perlu risau akan mengawal diri, perbuatan dan pakaian saya dan saya tidak perlu risau akan tanggunggjawab.

20. Hari ini :
saya sedang menyiapkan laporan eksperimen saya. Dua laporan yang perlu dihantar esok.

21. Malam ini saya akan :
melakukan perkara yang sama seperti di atas jika saya belum mampu menyiapkan mereka. Saya juga mahu mengulangkaji dan menyiapkan esei dan projek pembentangan saya.

22. Esok pula saya akan :
menjadi lebih sibuk walaupun dua laporan itu akan sudah dihantar. Saya ada lagi kerja kursus yang perlu disiapkan.

23. Saya betul-betul inginkan :
peluang untuk berjalan-jalan ke seluruh dunia. Sekurang-kurangnya ke negara2 impian saya.

24. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini :
saya mahu potong rambut.

25. Antara pusat membeli-belah atau arked permainan saya memilih:
oh tidak. saya ter'koyak' antara dua pilihan. Hahaha. Pelik sungguh maksud ayat saya ini. Entah la. Saya tidak pasti mahu ke mana. Mungkin ke pusat membeli-belah. Atau ke arked permainan. Ah, entah lah.

26. Antara makanan Barat atau Jepun saya memilih:
Makanan Barat.

27. Antara bilik yang terang atau gelap saya memilih:
Saya boleh tidur di mana-mana sahaja. Jika saya mengantuk, mata ini akan otomatiknya terpejam.

28. Makanan segera adalah :
sangat tidak menyihatkan tetapi saya terpaksa memilih untuk memakannya jika saya sibuk.

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
Bye.

30. Siapa yang saya hendak Tag?
Firdaus Amaran, Zafi, Che Kamut, Safwa dan sesiapa yang membaca blog ini.

1 comment:

  1. baru aku tau makna nama ko penghibur hati..hahah..ko kene hiburkan hati ko dlu kot,baru ley hiburkan hati org.hehe.thx for da tag.will do it soon.

    ReplyDelete